SEJARAH PEMBUKAAN
TBK KEMAS SUNGAI RENGIT
Tabika KEMAS Sungai Rengit awal pembukaannya pada tahun 1975. Pada masa itu, tabika tersebut menumpang di bangunan Balairaya Majlis Daerah Sungai Rengit sehinggalah ke tahun 1985. Guru yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kelas tersebut adalah Puan Hajah Patimah Bte Hj. Abd. Jalal. Beliau berkhidmat di tabika tersebut sehingga bersara pada tahun 2002.
Setelah 10 tahun menumpang di Balairaya Majlis Daerah Sungai Rengit, tabika tersebut menumpang di salah sebuah bilik darjah Sek. Keb. Sg. Rengit sehingga tahun 1995.
Pada tahun 1995, Tabika KEMAS Sungai Rengit mendapat peruntukan dari Jabatan KEMAS sebuah bangunan tabika yang dibina di dalam kawasan Kompleks Penghulu Mukim Pantai Timur. Setelah hampir 10 tahun beroperasi, struktur bangunan tersebut tidak selamat dan selesa lagi bagi kanak-kanak tabika kerana terdapat akar pokok besar yang berhampiran telah memecahkan lantai tabika tersebut.
Oleh itu, sekali lagi diperuntukkan oleh Jabatan KEMAS sebuah lagi tabika dibina di dalam kawasan Kompleks Penghulu Mukim Pantai Timur dan mula berpindah ke tabika baru pada tahun 2005. Tabika tersebut dikendalikan oleh Puan Ismaidah Ismail sehingga ke hari ini.